Program SARA 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion, meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada 2025.

Bantuan SARA untuk semua sebanyak RM100 secara one-off akan disalurkan pada 9 Februari 2026 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Penerima SARA bulanan akan menerima antara RM50 hingga RM200 setiap bulan bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.